|
|
Peringkat permulaan SMK Ahmad Boestamam hanya terdiri daripada dua buah bangunan (12 bilik darjah), sebuah bengkel, sebuah asrama dan sebuah kantin. Pada 17 Januari 1984, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan nama baru bagi sekolah ini daripada SMK Sitiawan kepada SMK Ahmad Boestamam sempena nama seorang penulis dan ahli politik yang bernama Abdullah Sani bin Raja Kecil. Kini SMK Ahmad Boestamam telah berkembang pesat dengan mempunyai 5 blok bangunan yang mempunyai 45 bilik darjah, 6 makmal sains, sebuah bilik kaunseling, bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan pusat sumber, 3 bilik Kemahiran Hidup, dewan sekolah, makmal komputer, 3 blok asrama, kantin, dewan makan asrama serta sebuah surau. Tn Hj Meor Alif b. Meor Ahmad ialah pengetua pertama SMK Ahmad Boestamam yang telah berkhidmat selama 2 tahun. ( 1972 - 1974 ) dan Pn. Hajah Noor Hayati bt. Shafie ialah pengetua SMK Ahmad Boestamam sejak 2010 hingga sekarang. Kini SMK Ahmad Boestamam telah mencapai pelbagai anugerah & pencapaian. Sehingga ke hari ini, SMK Ahmad Boestamam masih terus giat membangunkan kemudahan serta prestasi pelajar untuk meletakkannya setaraf dengan institusi-institusi pendidikan ternama lain ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. |
Wednesday, 25 March 2015
Latar belakang sekolah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Cikgu Norazizah. Blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi segala pengalaman, dan suka duka perjalanan sepanjang menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Manjung, Perak. Sebelum itu, di bawah saya muatkan sekali gambaran sekolah tempat saya praktikum beserta sedikit latar belakang sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment