Thursday, 26 March 2015

APA ITU INTEGRITI?

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang.

Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Integriti sangat berkait rapat dengan profesion perguruan. Hal ini demikian kerana, tanpa kejujuran dan keikhlasan, tidak mungkin amanah yang perlu digalas dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Melalui integriti seorang guru yang amanah, maka akan lahirlah anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat.

Integriti seorang guru dapat dilihat dan dinilai melalui perbuatannya. Seorang guru yang jujur dan amanah, akan sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Contohnya, sewaktu saya berpraktikum di SMK Ahmad Boestamam, saya akan sentiasa menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari sebelum memulakan sesi pengajaran. Walaupun terdapat rakan-rakan lain yang akan menulis RPH selepas selesai pengajaran, tetapi bagi pendapat saya, seorang guru itu mestilah mempunyai personaliti dan mempunyai integriti seorang guru seperti yang telah ditetapkan. Biarlah manusia tidak melihat perbuatan yang kita buat, tetapi yakinlah, perkara yang kita lakukan sentiasa dalam pemerhatianNya.

Selain itu, saya juga pernah diminta oleh guru panitia Bahasa Melayu untuk menyediakan rangka soalan peperiksaan akhir tahun pelajar tingkatan 4 kertas 1 dan 2 berdasarkan pengalaman pengajaran selama 4 bulan tersebut. Seterusnya, saya dan rakan-rakan praktikum yang lain telah diberi amanah untuk mengendalikan program seperti sukaneka pelajar asrama, sukaneka pelajar cemerlang tingkatan 5 dan sukaneka bagi pelajar sesi petang tingkatan 1 dan 2. Di samping itu, kami juga terlibat di dalam program sambutan bulan kemerdekaan, sambutan bulan bahasa dan, solat hajat dan bacaan yasin perdana di peringkat sekolah bagi semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas.  Dengan ini saya sertakan gambar-gambar program yang dijalankan sepanjang berada di SMK Ahmad Boestamam.

                                                      SUKANEKA PELAJAR ASRAMA


Permainan Cari Kacang Dalam Tepung

Permainan Pecahkan Belon

Permainan Manisnya Ukhwah (Makan Biskut)



SUKANEKA PELAJAR CEMERLANG SPM





SUKANEKA PELAJAR SESI PETANG



Wednesday, 25 March 2015

Bersama Guru Praktikum

Sepanjang menjalani latihan mengajar di SMK Ahmad Boestamam, terdapat guru pelatih yang berbeza subjek yang turut menjalani latihan mengajar di sekolah yang sama. Kami terdiri daripada 8 orang yang kesemuanya adalah perempuan dan semuanya menjalani latihan mengajar bagi semester 7 iaitu syarat yang dikenakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat beberapa gambar yang saya ingin kongsikan sepanjang menjalani latihan mengajar bersama rakan-rakan.







Latar belakang sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Cikgu Norazizah. Blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi segala pengalaman, dan suka duka perjalanan sepanjang menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Manjung, Perak. Sebelum itu, di bawah saya muatkan sekali gambaran sekolah tempat saya praktikum beserta sedikit latar belakang sekolah.





                            BERMULANYA ERA SEKOLAH AHMAD BOESTAMAM...


SMK Ahmad Boestamam telah dibuka pada 3 Jun 1972. Pada awalnya SMK Ahmad Boestamam dikenali dengan nama SMK Sitiawan.

Peringkat permulaan SMK Ahmad Boestamam hanya terdiri daripada dua buah bangunan (12 bilik darjah), sebuah bengkel, sebuah asrama dan sebuah kantin.

Pada 17 Januari 1984, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan nama baru bagi sekolah ini daripada SMK Sitiawan kepada SMK Ahmad Boestamam sempena nama seorang penulis dan ahli politik yang bernama Abdullah Sani bin Raja Kecil.

Kini SMK Ahmad Boestamam telah berkembang pesat dengan mempunyai 5 blok bangunan yang mempunyai 45 bilik darjah, 6 makmal sains, sebuah bilik kaunseling, bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan pusat sumber, 3 bilik Kemahiran Hidup, dewan sekolah, makmal komputer, 3 blok asrama, kantin, dewan makan asrama serta sebuah surau.  Tn Hj Meor Alif b. Meor Ahmad ialah pengetua pertama SMK Ahmad Boestamam yang telah berkhidmat selama 2 tahun. ( 1972 - 1974 ) dan Pn. Hajah Noor Hayati bt. Shafie ialah pengetua SMK Ahmad Boestamam sejak 2010 hingga sekarang.

Kini SMK Ahmad Boestamam telah mencapai pelbagai anugerah & pencapaian. Sehingga ke hari ini, SMK Ahmad Boestamam masih terus giat membangunkan kemudahan serta prestasi pelajar untuk meletakkannya setaraf dengan institusi-institusi pendidikan ternama lain ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia.