Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang.
Maksud integriti
mengikut Kamus Dwibahasa DBP,
1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati
diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai,
boleh pegang cakapnya, dll.
Integriti sangat berkait rapat dengan profesion perguruan. Hal ini demikian kerana, tanpa kejujuran dan keikhlasan, tidak mungkin amanah yang perlu digalas dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Melalui integriti seorang guru yang amanah, maka akan lahirlah anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat.
Integriti seorang guru dapat dilihat dan dinilai melalui perbuatannya. Seorang guru yang jujur dan amanah, akan sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Contohnya, sewaktu saya berpraktikum di SMK Ahmad Boestamam, saya akan sentiasa menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari sebelum memulakan sesi pengajaran. Walaupun terdapat rakan-rakan lain yang akan menulis RPH selepas selesai pengajaran, tetapi bagi pendapat saya, seorang guru itu mestilah mempunyai personaliti dan mempunyai integriti seorang guru seperti yang telah ditetapkan. Biarlah manusia tidak melihat perbuatan yang kita buat, tetapi yakinlah, perkara yang kita lakukan sentiasa dalam pemerhatianNya.
Selain itu, saya juga pernah diminta oleh guru panitia Bahasa Melayu untuk menyediakan rangka soalan peperiksaan akhir tahun pelajar tingkatan 4 kertas 1 dan 2 berdasarkan pengalaman pengajaran selama 4 bulan tersebut. Seterusnya, saya dan rakan-rakan praktikum yang lain telah diberi amanah untuk mengendalikan program seperti sukaneka pelajar asrama, sukaneka pelajar cemerlang tingkatan 5 dan sukaneka bagi pelajar sesi petang tingkatan 1 dan 2. Di samping itu, kami juga terlibat di dalam program sambutan bulan kemerdekaan, sambutan bulan bahasa dan, solat hajat dan bacaan yasin perdana di peringkat sekolah bagi semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Dengan ini saya sertakan gambar-gambar program yang dijalankan sepanjang berada di SMK Ahmad Boestamam.
Permainan Cari Kacang Dalam Tepung
Permainan Pecahkan Belon
Permainan Manisnya Ukhwah (Makan Biskut)
SUKANEKA PELAJAR CEMERLANG SPM
SUKANEKA PELAJAR SESI PETANG